Sumber: Astro Awani

Ketokohan dan kepimpinan bekas Menteri Besar Kelantan, Allayarham Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak dapat disangkal. Sama ada dalam kalangan rakan-rakan politik mahu pun seteru politik.

Hal ini telah menjadi inspirasi buat ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer dari parti DAP terhadap ketokohan Nik Aziz.

Terpesona Dengan Nik Aziz

Dalam sesi perbahasan Dewan Rakyat baru-baru ini Rayer mengakui bahawa beliau merupakan salah seorang peminat Tok Guru Nik Aziz. Untuk makluman semua, ini bukanlah kenyataan pertama kali yang dikeluarkan oleh Rayer.

Minat beliau yang mendalam terhadap Nik Aziz kerap kali digemakan dalam perbahasan sesi parlimen sehinggakan perkara ini disedari oleh beberapa pemimpin Pas. Antaranya ialah Datuk Che Abdullah Mat Nawi yang juga merupakan ahli Parlimen Tumpat dari parti Pas.

Sumber: Free Malaysia Today

Ketika sesi perbahasan di Dewan Rakyat hari ini, ahli Parlimen Tumpat mempelawa Rayer untuk menyertai perjuangan parti Pas bagi mendapatkan keseluruhan cara hidup dan nasihat-nasihat yang pernah disampaikan oleh Tok Guru.

Adakah Ini Bermakna Jelutong Akan Sertai Pas?

Walau bagaimanapun, kenyataan yang disampaikan oleh Rayer sebenarnya tidak membawa maksud beliau berminat untuk menyertai parti itu, tetapi lebih kepada sindiran politik terhadap perubahan hala tuju Pas selepas era Nik Aziz.

Ini kerana hala tuju politik Pas telah bertukar 360 darjah. UMNO yang dahulu merupakan seteru politik utama parti tersebut kini menjadi sahabat baik, sehinggakan diwujudkan Piagam Muafakat Nasional baru-baru ini menandakan kerjasama rasmi kedua-dua parti politik.

Sumber: Dr. Novandri Hasan Basri

UMNO Parti Yang Tidak Boleh Dipercayai

Memetik laporan Sinar Harian, Rayer berkata beliau berpegang teguh kepada nasihat Tok Guru untuk tidak berkawan dengan UMNO sehingga akhir hayat. Menurut Rayer, UMNO boleh diibaratkan seperti ular yang akan mematuk dua kali yang membawa maksud bahawa Pas akan dipergunakan sekali lagi dalam pertembungan politik.

Malah beliau mencabar ahli-ahli parlimen Pas untuk memutuskan hubungan dengan UMNO sekiranya parti itu masih mempunyai maruah. Hal ini menimbulkan sedikit perbalahan di Dewan Rakyat sehingga terpaksa dileraikan oleh Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Nga Kor Ming.

Rayer merupakan salah seorang ahli parlimen yang kerap mencetuskan kontroversi dalam sidang Dewan Rakyat. Beliau gemar melakukan provokasi terhadap parti-parti pembangkang pada setiap sesi perbahasan di parlimen.

KATA ORANG

KATA ANDA

Anda rasa benarkah Jelutong mengagumi Tok Guru Nik Aziz?
6 votes · 6 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN