Rakyat mengharapkan pemimpin yang dipilih mereka dalam pilihanraya umum yang lalu dapat menjaga kebajikan dan kesejahteraan mereka.

Sepatutnya mereka yang berjaya dipilih rakyat ini menjalankan tugas hakiki iaitu menjaga kepentingan rakyat.

Sumber: News Straits Times

Namun, apa yang berlaku kepada penduduk di kawasan Parlimen Batu sebaliknya apabila dikatakan Ahli Parlimenya, P. Prabakaran hilang jejak apabila seorang penduduk memerlukan bantuannya.

Difahamkan, sebuah keluarga India memerlukan bantuan wang untuk mengebumikan mayat salah seorang ahli keluarga mereka yang meninggal dunia.

 

Seharian Buat Panggilan Tetapi Tidak Berjawab

Sumber: FB Kuan Chee Heng

Aktivis masyarakat, Kuan Chee Heng atau lebih dikenali Uncle Kentang mengambil maklum perkara itu dan segera menghubungi Prabakaran, namun panggilan itu tidak berjawab walaupun panggilan itu dibuat berulang kali.

Sumber: FB Kuan Chee Heng

Mengambil alternatif lain,Uncle Kentang menerusi Facebooknya menyeru orang ramai khasnya kawasan Jalan Ipoh supaya menderma bagi membantu keluarga berkenaan.

Keluarga itu difahamkan keadaan mereka terlampau miskin dan tidak mempunyai wang sebanyak RM2,500 untuk kerja-kerja pengebumian serta upacara sembahyang kepercayaan Hindu.

 

“Uncle Kentang Wakil Rakyat Sebenar”

Rata-rata netizen mengucapkan tahniah kepada Uncle Kentang sambil memberikan beliau dorongan supaya kembali bertanding kerana benar-benar memiliki ciri-ciri seorang wakil rakyat.

Chee Heng merupakan bekas calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Semenyih dan beliau adalah parti bebas. Namun beliau dikalahkan oleh Zakaria Hj Hanafi dari Barisan nasinoal (BN).

Apa yang dilakukan Chee Heng adalah perkara yang sangat diharapkan oleh rakyat Malaysia terhadap wakil rakyat yang dipilih mereka dalam setiap pilihanraya.

Sumber: FB Kuan Chee Heng

Mereka mahu pemimpin-pemimpin yang ada sekarang mencontohi sikap Uncle Kentang supaya lebih menjaga kepentingan rakyat, bukannya bergaduh menjaga kepentingan sendiri.

 

Hilang Bila Berkuasa

Netizen juga menyatakan inilah lumrah orang yang hanya pandai berpolitik tetapi isu-isu berkaitan rakyat diketepikan.

Sumber: SAYS.com

Inilah jadinya apabila wakil rakyat yang termuda dan masih berstatus sebagai pelajar ketika itu. Sebelum diberi mandat oleh rakyat, mereka menagih sokongan dan undi, sekali berkuasa hilang segala janji-janji yang dilontarkan sebelum ini.

Sepatutnya wakil rakyat dimana-mana kawasan sekalipun, kena turun padang dan melihat kesusahan yang dialami oleh pengundinya. Mereka undi untuk jaga kebajikan bukannya bagi kuasa untuk hilang dari radar.

Siasat dahulu Sebelum Kritik

Sewajarnya isu ini disiasat terlebih dahulu dan minta penjelasan yang kukuh Ahli parlimen yang terlibat. Jangan terus menyerang tanpa usul periksa. Mungkin beliau mempunyai urusan yang lebih penting untuk dilaksanakan.

Sepatutnya sesetengah pihak jangan menyalahkan wakil rakyat berkenaan, mereka sepatutnya berhubung dengan pembantu wakil rakyat berkenaan atau usulkan isu ini di pejabat khidmat kawasan itu.

Mungkin hal ini dapat diselesaikan dengan baik. Bagaimanapun, Prabakaran juga sepatutnya jauh lebih peka dengan keadaan menimpa penduduk di kawasan beliau.

KATA ORANG

KATA ANDA

Apa komen anda?
2 votes · 2 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN