Sejak semalam, tular di media sosial mengenai rakaman seorang wanita yang menunjukkan aksi membuka penutup botol menggunakan payudara bagi tujuan melariskan produk kecantikan.

Wanita terbabit yang dikatakan Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Kelantan dipercayai menggunakan laman penstriman video Youtube dan Instagram untuk menunjukkan kehebatannya dalam aksi ‘bottle cap challenge’.

Bagaimanapun, aksi wanita itu mengundang kecaman pelbagai pihak yang rata-ratanya tidak menyukai apa yang dilakukannya itu.

Malah, ada juga yang meminta wanita itu supaya bertaubat dan tidak menjatuhkan maruah diri semata-mata untuk melariskan produk atau untuk meraih perhatian sekalipun.

 

Bukan Ketua Srikandi BERSATU Kelantan

Dalam pada ramai yang mengecam tindakan wanita ini dan menuduhnya sebagai Ketua Srikandi BERSATU Kelantan, wanita itu bukanlah seperti yang didakwa pihak tertentu.

Sumber: Utusan

Dia hanyalah seorang ahli biasa parti BERSATU yang dikenali sebagai Azira Maria Aziz. Selepas video tersebut menjadi tular, Azira hari ini tampil menjelaskan bahawa dia hanyalah ahli biasa di dalam parti tersebut dan tidak pernah memegang jawatan tertinggi.

Malah, apa yang dilakukannya itu hanyalah untuk tujuan peribadi dan bukan untuk mempromosi produk perniagaan seperti yang didakwa.

 

Aksi Turut Dikecam Pemimpin Atasan Parti

Aksi Azira itu bukan sahaja mengundang kecaman orang awam tetapi pemimpin atasan parti juga turut mengecam kelakuannya itu.

Tidak pasal-pasal, Ketua Srikandi BERSATU Kelantan, Zaleha Che Kob yang dituduh. Padahal yang melakukan aksi itu adalah ahlinya.

Jelasnya, apa yang dilakukan ahlinya itu tidak ada kaitan dengan pergerakan Sayap Srikandi BERSATU Kelantan dan pihaknya turut mengecam keras mana-mana individu serta portal yang cuba mengaitkan video itu dengan Srikandi Bersatu Kelantan.

Malah, pihaknya juga turut membantah cubaan mana-mana wanita yang ingin menjual atau mempromosi produk dengan menggunakan kaedah sedemikian.

 

Fikir Dulu Sebelum Kongsi Sesuatu

Sumber: Sabah Kini2

Tidak kiralah anda sokong mana parti sekalipun atau seorang rakyat marhaen biasa, aksi sebegini tidak sepatutnya ditayang pada umum. Jika hanya untuk tujuan peribadi, mengapa perlu dikongsi kepada umum?

Apabila ada pihak mengecam, janganlah pula melenting dan salahkan mereka. Sebagai wanita Islam, kita sama sekali punya adab dan sensitiviti yang perlu dijaga dengan tidak menunjukkan aksi yang mengundang perasaan kurang menyenangkan dalam kalangan masyarakat.

Kalau hendak bersuka sekalipun, janganlah sampai benda yang bersifat ‘peribadi’ pun hendak ditayangkan. Tidak pasal-pasal parti yang dapat nama busuk!

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pandangan anda, adakah aksi wanita ini keterlaluan dan memalukan parti?
28 votes · 28 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN