Pembohongan demi pembohongan yang dapat, itulah antara luahan hati rakyat Malaysia berkenaan pelaksanaan Sistem Penguatkuasa Automatik (AES) di bawah pemerintahan kerajaan Pakatah Harapan (PH).

Sumber:Thesundaily.my

Yang terbaru, Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Samad menjelaskan pendirian pemimpin PH serta dirinya mengapa PH tetap melaksanakan AES walaupun dulu bukan main lagi bantah sekeras-kerasnya.

Sebab utama mereka mengambil tindakan u-turn adalah dikatakan zaman pemerintahan Barisan Nasional (BN)  saman AES dihulurkan kepada syarikat swasta.

Tetapi bawah PH, duit saman tersebut tidak masuk kantung syarikat kroni tetapi terus kepada pihak kerajaan melalui pihak polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Sumber:Berita Harian

Apa perbezaan pemerintahan kedua-dua kerajaan ini? AES tetap dilaksanakan, saman tetap dikeluarkan, siapa untung, siapa rugi?

Persoalan itu membangkitkan kemarahan rakyat berhubung kenyataan Khalid ini.

 

BN Vs PH

Mungkin tidak banyak perbezaan diantara pemerintahan BN dan juga PH. Dimata rakyat ia hanya untuk perah duit mereka sahaja.

Rakyat mana yang tidak marah, dulu sebelum pilihanraya pelbagai janji ditabur kepada rakyat, hentam kerajaan sebelumnya, bila dah duduk di takhta kuasa, boleh pula cakap perlu diteruskan, kena masuk kantung kerajaan juga.

Memetik kenyataan peguam, Zulhazmi Shariff dalam blognya, zaman BN, AES diperkenalkan pada tahun 2012, pelaksanaan ketika itu dilakukan oleh dua syarikat swasta iaitu Beta Tegap dan ATES.

Sumber:Suara Pakatan Daily

Kerajaan zaman BN bekerjasama dengan dua syarikat tersebut, yang dapat untung adalah syarikat berkenaan.

Dan sejak PH memerintah dan diberi mandat oleh rakyat, Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook mengumumkan sebanyak 3.1 juta saman yang dikeluarkan di bawah AES bernilai RM435 juta, telah dibatalkan serta merta.

PH tidak menyambung kontrak dua konsesi pengendali AES berkenaan yang tamat pada 31 Ogos tahun lalu.

Sebaliknya, sistem berkenaan diambil alih oleh JPJ yang berkuatkuasa 1 September tahun lalu.

Apa bezanya? Zaman BN syarikat swasta yang kawal dan kaut untung, zaman PH semuanya disalurkan pada kerajaan.

Sumber:FMT

Tetapi, menurut menteri, sebanyak 11 lagi kamera Awas akan dipasang di lebuh raya dengan setiap kamera dianggarkan berharga RM200,000.

Pada masa ini terdapat 45 kamera yang beroperasi bagi merakam pemandu yang memandu melebihi had laju di seluruh negara.

 

Pernah Wujud Himpunan Bantah AES

Siapa yang ingat dulu ada himpunan nak membantah pelaksanaan AES ini, dan ia diketuai oleh Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.

Sumber:The Sun Daily

Himpunan Rakyat BANTAH AES ini dulunya mensasarkan fokus untuk mendesak Menteri Pengangkutan pada ketika itu, Datuk Seri Kong Cho Ha untuk mengkaji semula dan mengambil kira beban rakyat sebelum melaksanakan AES.

BANTAH AES menyeru seluruh rakyat terutama di Parlimen Lumut untuk hadir bersama-sama di perhimpunan ini bagi menyerah memorandum kepada Menteri Pengangkutan tersebut.

Dan Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar adalah antara individu paling lantang membantah AES yang disifatkan hanya untuk memeras duit rakyat dan menzalimi mereka.

Mahfuz juga berkata, bukti kerajaan ingin mengaut keuntungan sangat nyata dengan kenyataan Pengarah Urusan Kumpulan Boustead Holdings Berhad Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin bahawa AES akan dilaksanakan semula secara bersama oleh Boustead dengan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) setelah Boustead mengambil alih pegangan IRAT Properties Sdn Bhd yang mengambil alih pegangan Beta Tegap Sdn Bhd dan ATES Sdn Bhd.

Tetapi mana pendirian mahfuz berhubung tindakan kerajaan PH hari ini? Mana suara yang lantang membantah sistem ini? Rakyat mahu dengar pendirian Mahfuz ini.

Najib Pula Bidas Kerajaan PH

Kata Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Khalid Samad tidak membuat penjelasan menyeluruh dalam isu saman AES.

Bagaimanapun, Najib mengakui syarikat swasta terlibat dalam saman itu.

Kata Najib, syarikat itu sebenarnya ialah Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), yang mana anggotanya adalah tentera dan bukannya mana-mana kroni pun terlibat.

Sumber: FB Najib Razak

Menulis di Facebook, Najib berkata semasa pentadbirannya semua kutipan saman tidak dibayar kepada syarikat swasta tetapi hanya caj perkhidmatan RM16 sahaja dikenakan bagi setiap keping saman yang dibayar menerusi syarikat itu.

Sementara baki lain, kata Najib, diserahkan kepada kerajaan.

Kata Najib, beliau mengarahkan LTAT mengambil alih projek tersebut bagi membolehkan badan itu menjana pendapatan untuk veteran-veteran tentera yang berkorban menjaga keselamatan negara.

Sumber:Deenamik.com

Menurutnya, harga yang dibayar LTAT untuk mengambil alih juga dipersetujui mengikut jumlah aset termasuk kutipan saman belum dijelaskan dan tempoh konsesi mengikut perjanjian.

Rupanya, duit saman itu untuk anggota tentera tetapi kenapa anggota tentera tidak dapat menikmati duit tersebut. Mana hilangnya duit itu?

Najib perlu bersihkan nama dia dulu dari kes-kes penyelewengan dan rasuah. Cakap depan cermin Najib ini.

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pendapat anda, adakah ini satu tindakan yang bijak dari kerajaan PH?
3 votes · 3 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN