Terdahulu, tular di laman sosial murid diberikan beg sekolah percuma. Namun apa yang menarik perhatian netizen adalah wajah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jeram, Mohd Shaid Rosli yang terpampang jelas di beg sekolah yang diedarkan itu.

Sumber: Berita Harian

Sumbangan beg sekolah berkenaan telah diberikan kepada murid Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT).

Tindakan itu menimbulkan kemarahan dan netizen mengkritik ia sebagai satu tindaan yang tidak bermoral. Malah penyampaian sumbangan beg sekolah yang memaparkan wajah Adun Jeram itu dianggap mencontohi pendekatan Barisan Nasional (BN).

 

Penjelasan Adun Jeram

Menurut Shaid , beliau tidak berniat untuk memaparkan wajahnya secara jelas pada beg sekolah itu, namun tidak dapat melakukan apa-apa perubahan memandangkan hanya mengetahui hasil barangan yang ditempah setelah ia dicetak.

Sumber: FMT

Katanya, tiada sebarang masalah jika gambarnya terpapar pada beg sekolah yang diberikan kepada murid sekolah di kawasan DUN terbabit.

Katanya, sebanyak 1,000 beg sekolah itu ditempah dari China dan ia sepatutnya menggunakan lakaran dan bukan gambar sebenar beliau.

Beliau berpendapat, ia bukan satu kesalahan untuk meletakkan gambarnya pada beg sekolah mereka.

Jelasnya, apa yang penting, maklum balas ibu bapa dan murid yang menerima bantuan berkenaan positif kerana mereka amat memerlukannya. Difahamkan pada minggu hadapan beliau juga akan menyerahkan bantuan pakaian sekolah pula.

Tambah Shaid, walaupun terdapat sedikit kesilapan pada produk yang ditempah, namun beliau tidak akan meminta maaf kepada mana-mana pihak memandangkan ia bukan satu kesalahan jenayah.

Beliau berkata demikian apabila dikecam netizen. Turut sama mengkritik beliau ialah Ketua Pengarah Eksekutif Pusat Galen untuk Dasar Kesihatan dan Sosial, Azrul Mohd Khalib.

 

Penjelasan Shaid Dikecam Lebih Teruk

Rata-rata netizen semakin marah dengan penjelasan yang diberikan oleh Adun Jeram itu. Shaid seolah-olah cuba menutup perkara yang sebenar, sedangkan memaparkan wajahnya adalah dari diri beliau sendiri.

Sumber: amenoworld

Hal ini kerana netizen mempersoalkan bagaimana Shaid boleh tidak tahu wajahnya akan dipaparkan di beg sekolah, sedangkan tempahan dibuat sejak 4 bulan lalu, tidak mungkin pihak kilang di China tidak menunjukkan sample untuk semakan sebelum ia diedarkan.

Ada juga netizen mempersoalkan bagaimana kilang di China itu cetak wajah dan nama penuhnya jika tidak diberikan maklumat.

Sumber: amenoworld

Ia mengundang lebih banyak persoalan yang bermain di fikiran netizen dan mereka bukan budak-budak untuk ditipu mentah-mentah begitu.

 

Sama Budaya Dengan Umno BN

Sumber: Celah Gelegar

Sumber: Celah Gelegar

Sumber: Friends of BN – Barisan Nasional

Kalau sebelum ini, kita melihat sumbangan dan derma yang diberikan semasa pemerintahan Umno dan BN banyak terpampang gambar pemimpin mereka disetiap barangan yang diberikan.

Itu adalah budaya mereka untuk meraih sokongan dan undi daripada rakyat. Tetapi Malaysia baharu pun masih nak ikut budaya dulu ke?

Tidak dinafikan setiap orang ada kesilapan masing-masing, tetapi janganlah gunakan orang miskin sebagai senjata untuk menang.

Mereka punya harga diri dan kehormatan. Kalau ingin derma, dermalah tanpa mengharapkan sebarang balasan.

Dan barang yang diberikan itu pun perlu berkualiti dan tahan lasak. Jangan diberi barang yang sudah tidak elok.

 

KATA ORANG

.

KATA ANDA

Negara sudah melakar sejarah sebagai Malaysia Baharu, tetapi adakah sikap begini perlu diteruskan dalam pentadbiran kerajaan hari ini?
6 votes · 6 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN