Baru-baru ini hangat berkenaan isu perhimpunan LGBT sempena hari wanita. Di kala hangat berkenaan isu tersebut, seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tendong dari PAS, Rozi Muhamad telah menangkap layar (printscreen) satu perkongsian berita di Facebook kononnya kenyataan tersebut dikeluarkan oleh Timbalan Perdana Menteri (TPM), Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.
Memuatnaik Perkongsian Berita
Sebelum ini, Rozi telah memuat naik perkongsian berita bertajuk ‘LGBT ada hak di Malaysia, asal bukan terbuka – Wan Azizah’ dari sebuah laman yang tidak dapat dipastikan kesahihannya. Malah, beliau turut menambah perkongsian tersebut dengan statusnya, ‘ada hak korok (tengkorak) keringmu, kalau LGBT ada hak di Malaysia, Anwar (Ibrahim) mu tak kena jel pulok’.
Perkongsian tersebut telah menjadi tular di kalangan warga maya khususnya bagi penyokong UMNO-PAS dengan menghebahkan maklumat tersebut tanpa diselidik kesahihannya terlebih dahulu. Keadaan ini telah menyebabkan perang mulut antara penyokong UMNO-PAS dengan Pakatan Harapan (PH) di media sosial tentang kesahihan berita yang disebarkan terbabit.
Sumber Tidak Sahih
Walau bagaimanapun, setelah meneliti status berita tersebut yang jelas tidak benar sama sekali, Rozi tampil memohon maaf secara terbuka dengan menarik balik kenyataan pada posting sebelum itu. Beliau berasa kesal atas kesilapannya yang tidak cermat dalam menapis bahan berita.
Berdasarkan carian di halaman facebook miliknya, posting berkenaan berita tersebut turut telah pun dipadam. Satu posting permohonan maaf secara terbuka kepada TPM telah dimuat naik oleh beliau bagi meredakan keadaan.
Dikecam Parti Lawan
Kecuaian adun PAS dalam menyaring berita berkenaan dikecam hebat oleh Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kelantan, Roslan Ismail. Beliau berkata, tindakan itu tidak sesuai dengan tarafnya sebagai pemimpin sebuah parti Islam yang memburukkan pemimpin negara apatah lagi bertindak sebagi ‘ejen penyebar fitnah’ kepada rakyat.
Beliau menambah, ADUN terbabit perlu meletakkan rasa hormat kepada Wan Azizah sebagai pemimpin negara walaupun berbeza pegangan politik. Tindakan yang dilakukan oleh Rozi seakan-akan berperwatakan seperti kanak-kanak nakal, lantas menyebabkan hilang rasa hormat terhadapnya. Sehingga kini masih tidak dapat dipastikan sama ada tindakan undang-undang akan diambil oleh TPM berkenaan isu ini.
Tidak Wajar Bagi Seorang Pemimpin
Adalah terlalu memalukan, penyaringan sesuatu berita atau sumber tidak dilakukan oleh seorang pemimpin politik. Lebih-lebih lagi pemimpin tersebut bertaraf ADUN yang dipilih oleh rakyat. Ia sekaligus mencerminkan dirinya dengan memaparkan kegopohan dan kelemahannya selaku pemimpin yang sangat tidak wajar.
Justeru, setiap pemimpin sama ada pemimpin kerajaan mahupun pemimpin pembangkang perlu lebih berhati-hati dalam mengeluarkan sesuatu kenyataan agar ia tidak menimbulkan fitnah dan syak-wasangka yang mampu memecah-belahkan rakyat khususnya.
Mungkin percakaran antara pemimpin atasan antara parti tidak seberapa, tetapi bagi ahli dan penyokong parti di peringkat bawahan, perbalahan akan terjadi bagi mewajarkan tindakan pimpinan parti masing-masing.
KATA ORANG
Begitu tinggi akhlak dan besarnya hati Adun PAS. Apabila tersalah mohon maaf dan berlapang dada. Inilah akhlak yang kita patut contohi. Yang dikongsi merupakan dari portal berita tapi tidak disalahkan portal itu. Tahniah YB! https://t.co/K2EM16q8iW
— AmalFM - AmalTV (@amalfm_amaltv) March 13, 2019
Sebelum ni MP Rantau Panjang terpaksa mohon maaf dan memadamkan posting FB beliau kerana memanjang berita palsu dalam status FB beliau. Ini ADUN Tendong pula terlibat dalam perlakuan yang sama.
— Jamzuri Ardani (@jamz_ard) March 13, 2019
Apa dah jadi dengan wakil-wakil rakyat pembangkang nie? https://t.co/Cb9EUAD645
Tak apa PAS kami faham, kat Parlimen hari ni pun dok buat fitnah saja
— Arman Amin (@armanamin330) March 12, 2019
https://t.co/2YMzASpRnj
Kalau dah ada yang rapat dengan CIA, berjemaah rembat duit (duit rakyat tu!) dan berjemaah juga bohong diagamakan, setakat fitnah benda kecik ja! https://t.co/kaN9COmDZQ
— 42 charges criminal (@penarikbeca) March 12, 2019