Nombor plat merupakan satu benda yang wajib dipamerkan oleh kenderaan bermotor yang telah didaftarkan di Malaysia. Hal ini telah dikuatkuasakan oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia.

Terdapat pelbagai nombor plat di Malaysia dan semuanya merupakan nombor-nombor yang unik dan berlainan daripada nombor plat yang lain.

Baru-baru ini timbul persoalan yang dibangkitkan Ahli Parlimen Labis, Pang Hok Liong di dalam Dewan Rakyat berhubung nombor plat yang digunakan oleh kerabat diraja Johor (TMJ) dan Pahang (RZ) telah didaftarkan dengan JPJ atau tidak.

Dilaporkan Nombor plat  “TMJ” digunakan oleh Putera Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan  Ibrahim manakala “RZ” digunakan oleh Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah.

 

Buat Usul Tergempar Tapi Ditolak

Walaubagaimanapun, persoalan tersebut telah menimbulkan kemarahan pihak pembangkang negeri Johor.

Sumber: Sinar Harian

Ketua Pembangkang Johor Hasni Mohammad cuba membawa usul tergempar di Dewan Undangan Negeri dengan mendakwa Pang menghina Sultan Johor.

Ini kerana Hasni berkata plat nombor kereta itu telah digunakan untuk tempoh masa yang paling lama dan menyifatkan soalan mengenainya sebaga penghinaan kepada Sultan Johor.

Dalam usul tergemparnya, Hasni mempersoalkan kewajaran seorang anggota parlimen membangkitkan apa-apa soalan mengenai institusi diraja.

Namun usul tersebut telah ditolak speaker Johor Suhaizan Kaiat dan menggesa exco negeri memberikan jawapan ketika penggulungan titah Sultan.

Hasni berkata dalam Dewan Undangan Negeri Johor, terdapat peruntukan yang menghalang wakil rakyat daripada membahaskan tingkah laku sultan dan  yakin Dewan  Rakyat juga mempunyai peraturan yang sama.

 

Kementerian Pengangkutan Tiada Jawapan

Dilihat Kementerian Pengangkutan seolah-olah cuba mengelak untuk menjawab soalan yang dibangkitkan ahli Parlimen DAP itu dalam jawapan bertulisnya.

Sebaliknya, kementerian itu dalam jawapan di parlimen menjelaskan mengenai peraturan berkaitan kuasa menteri pengangkutan dan pengarah JPJ berhubung pendaftaran plat kenderaan.

Antara lain, katanya, pengarah JPJ boleh menetapkan kadar bayaran (fi) bagi nombor pendaftaran yang telah diperuntukkan kepada kenderaan tersebut, manakala nombor pendaftaran hendaklah dibuat mengikut kepada kawasan sesuatu kenderaan didaftarkan.

Menurut jawapan itu lagi,  nombor pendaftaran istimewa telah turut diperkenalkan selaras dengan Kaedah 5A, Kaedah-kaedah Kenderaan Bermotor (Pendaftaran dan Pelesenan) 1959 dan ini adalah berdasarkan kepada peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh Menteri.

 

Jual Nombor Plat Tambah Pendapatan Kerajaan

Untuk pengetahuan , semua pemilik kenderaan boleh membida nombor pendaftaran peribadi (NPP) dengan nilai yang telah ditetapkan.

Pada 2016, Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar memenangi bidaan ke atas nombor plat F1 dengan nilai RM836,660 selain berjaya membida plat W1N pada 2014 dan WWW1 pada 2012 masing-masing bernilai RM748,000 dan RM520,000.

JPJ telah mengutip RM280 juta melalui bidaan pendaftaran nombor plat kenderaan pada tahun 2017 manakala RM 137 juta menerusi belian biasa.

Dengan cara ini, kerajaan juga akan dapat menambah pendapatan.

 

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah sepatutnya perlu mempertikaikan isu nombor plat ini di Parlimen?
7 votes · 7 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN