Isnin lalu, kerajaan telah mengumumkan penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) yang memiliki kenderaan 1,600cc ke bawah dan kereta melebihi 1,600cc yang berjangka hayat 10 tahun dan ke atas adalah layak menerima Program Subsidi Petrol (PSP).

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, bagi penerima BSH yang mempunyai motosikal 150cc dan ke bawah dan motosikal melebihi 150cc yang berusia tujuh tahun dan ke atas juga layak menerima PSP. 

 Kadar subsidi yang diumumkan ialah RM30 sebulan bagi kereta dan RM12 sebulan bagi motosikal . Ia membabitkan seramai 2.86 juta penerima.

Program subsidi petrol bersasar ini dijangka akan dilaksanakan pada Januari 2020 dan harga petrol RON95 akan diapungkan dan harga akan diselaraskan secara beransur-ansur.

Sumber: Sinar Harian

Namun yang menjadi persoalan adakah jumlah subsidi tersebut cukup?

 Subsidi Terlalu Rendah

Walaubagaimanapun, pengumuman tersebut tidak menggembirakan semua orang sebaliknya menganggap pemberiannya tersebut terlalu rendah dan tidak membantu rakyat secara keseluruhan.

Ketua Pemuda Parti Ikatan Malaysia (Ikatan), Shahir Adnan berkata, pihaknya berasa curiga dengan tindakan kerajaan yang sangat berkira untuk membantu rakyat di negara ini menerusi pelaksanaan PSP tersebut.

Penerima bantuan untuk motosikal ialah RM12 sebulan atau RM144 setahun. Ini bermakna rakyat B40 hanya menerima bantuan subsidi selama 40 sen sehari.

Sumber: Utusan

Shahir berkata, tempoh pembayaran subsidi tersebut kepada rakyat juga agak lambat berikutan pemberian itu hanya dibuat dalam tempoh setiap empat bulan.

 

 

Hanya Satu Kenderaan Sahaja Layak

Bagi penerima BSH yang memiliki lebih daripada satu kenderaan pula, mereka hanya layak mendapat satu subsidi saja.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, program ini perlu diberikan kepada gologan sasar yang memerlukan dan layak sahaja.

Katanya, melalui langkah itu kerajaan dapat mengelakkan pemberian subsidi diberikan kepada golongan berkemampuan dan kaya. Sebab itu hanya satu kereta sahaja dapat menimati subsidi ini.

Selain itu subsidi ini juga diberikan kepada hanya kenderaan yang memiliki cukai jalan yang sah layak menerima subsidi tersebut sahaja.

Ketepikan Golongan M40?

Dalam pada masa sama, subsidi ini juga dianggap telah mengetepikan golongan M40 yang merupakan pembayar cukai malah majoriti daripada mereka adalah anak muda yang menyumbang kepada pendapatan negara.

Malah Ketua Pemuda Ikatan juga menyifatkan pemberian ini tidak adil kerana hanya diberikan kepada rakyat di Semenanjung sahaja. Beliau mempersoalkan adakah ini ‘gula-gula’ politik ke arah Pilihanraya Negeri (PRN) Sarawak nanti?

Sumber: Sinar Harian

Menurut Saifuddin rakyat yang berpendapatan rendah di Sabah dan Sarawak tidak menerima subsidi itu kerana harga RON95 akan dikekalkan pada RM2.08 seliter disana.

Saifuddin juga menjelaskan, berdasarkan maklumat yang ada, penetapan harga RON95 sebelum ini turut dinikmati golongan kaya.

 

Lebih Baik Beri Subsidi Pengangkutan Dari Petrol

Pakar ekonomi terkemuka Prof Jomo Kwame Sundaram pula berpendapat, seharusnya kerajaan  mengutamakan pemberian subsidi pengangkutan awam berbanding subsidi bahan api atau petrol.

Katanya, ia adalah kerana ini penting bagi membantu golongan bawahan yang lebih banyak bergantung kepada kaedah pengangkutan awam tersebut.

Jelasnya, subsidi bahan api di mana-mana negara hanya menguntungkan kelas pertengahan berbanding bawahan.

Walau apa pun, kerajaan telah membuat keputusan namun yang penting kerajaan bersikap telus dan memberikan penjelasan kepada rakyat ke mana wang hasil program subsidi ini sebanyak RM6 bilion setiap tahun akan dibelanjakan.

Ini kerana rakyat berhak tahu duit cukai yang dibayar mereka disalurkan kemana.

 

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah Program Subsidi Petrol Menguntungkan Rakyat?
17 votes · 17 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN