Kerajaan Negeri Perak baru-baru ini telah membeli  16 buah kereta Toyota Camry pada harga RM1.74 juta .

Dianggarkan harga sebuah kereta import tersebut bernilai RM109,000 sebuah iaitu kira-kira RM90,000 lebih murah daripada harga runcit biasa.

Sumber : Malaysiakini

Kerajaan telah membeli kenderaan tersebut secara langsung daripada Toyota dan perolehan tersebut mendapat pengecualian cukai.

Walaubagaimanapun terdapat segelintir netizen yang mempersoalkan keperluan kerajaan negeri itu membeli kereta tersebut yang dianggap satu pembaziran.

 

Beli Untuk Jimat Kos

Pembelian kereta tersebut  dibuat berdasarkan jangkaan kos penyelenggaraan yang lebih rendahselain memberi keselamatan lebih baik kepada Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri (Exco).

 Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Pendidikan Islam, Luar Bandar dan Pembangunan Usahawan negeri Asmuni Awi berkata kenderaan yang digunakan oleh Exco sebelum ini sering mengalami kerosakan yang memerlukan kos penyelenggaraan tinggi.

Sumber: Kapital.my

Malah katanya,  secara tidak langsung ia menganggu tugas exco yang sering bergerak dengan cepat untuk menghadiri program.

 Kereta lama iaitu Proton Perdana untuk Exco yang dibeli kerajaan negeri sebelum ini di bawah pentadbiran Barisan Nasional pada 2014 tidak lagi di bawah jaminan dan sering dihantar untuk dibaiki dengan kos penyelenggaraan mahal.

Sumber : Google

 

Demi Beri Perkhidmatan Terbaik Kepada Rakyat

 Exco Kesihatan, Hal Ehwal Pengguna, Integrasi Nasional dan Sumber Manusia A Sivanesan berkata pertukaran kenderaan diperlukan kerana ia membolehkan kerajaan negeri memberi perkhidmatan kepada rakyat dengan lebih baik.

Katanya, kadang kala beliau terpaksa menangguhkan temu janji dan ada kala terpaksa sampai lambat kerana kereta buat hal.

Pertukaran kereta kerajaan memang dilakukan setiap lima tahun sejajar dengan dasar kerajaan negeri sedia ada dan kereta yang digunakan Exco sudah melebihi lima tahun

 

 Kenapa Tak Guna Kereta Tempatan?

Parti Sosialis Malaysia (PSM) turut mengkritik pembelian 16 buah kereta Toyota Camry oleh kerajaan Perak yang didakwanya satu langkah yang mengabaikan industri kereta nasional.

Timbalan Pengerusi PSM M Sarasvathy dalam kenyataan berkata, PSM tidak nampak kerelevanan dan kelogikan kerajaan negeri membeli kereta import dengan kos pembelian melebihi RM 1 juta, sedangkan pembinaan dan pengeluaran kereta nasional bertapak di Tanjung Malim di Perak.

Beliau turut mempersoalkan mengapa tidak membeli kereta nasional sendiri? Adakah kereta nasional pengeluaran sendiri tidak selamat untuk digunakan dan menggalakkan rakyat sendiri untuk membeli kereta import dari luar negara?

Sumber: Pandu Laju

Beliau juga menyifatkan langkah itu sebagai satu pembaziran dan tidak selari dengan dasar penjimatan kerajaan persekutuan, yang dapat dilihat menerusi rundingan semula dan penangguhan beberapa projek negara.

Terdahulu Sivanesan berkata,  berpendapat Toyota Camry sebagai pilihan yang boleh dipercayai.

Walaubagaimanapun, kereta yang dibeli ini lebih rendah harganya berbanding kereta jenis Mercedes Benz yang dibeli oleh kerajaan yang diterajui oleh pembangkang

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah anda bersetuju dengan tindakan kerajaan negeri Perak membeli kereta import?
9 votes · 9 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN