Kini sudah enam tahun kumpulan My Chemical Romance (MCR) berpecah iaitu pada 22 Mac 2013 dan ramai yang masih belum boleh menerima kenyataan itu sehingga kini.

sumber: Yahoo News

Bukan itu sahaja, pengumuman yang dibuat MCR di laman web rasmi mereka enam tahun lalu sudah pasti meninggalkan kesan yang mendalam kepada peminat tegar mereka.

 

Bakal Membuat Persembahan Bersama?

Harapan peminat yang mahukan MCR kembali bergabung semula untuk membuat persembahan dan mengeluarkan karya-karya baru untuk mereka semakin lama semakin cerah.

 

 

Semasa penampilan terbaru Jonas Brothers di KISS FM UK untuk mempromosikan album terbaru mereka, mungkin secara tidak sengaja mendedahkan bahawa MCR ada membuat raptai persembahan bersama mereka baru-baru ini.

 

 

Bukan itu sahaja, penganjur The Warped Tour, Kevin Layman juga berhasrat untuk menyatukan semula MCR menerusi laman Twitter rasminya.

Sekiranya apa yang dikatakan Joe Jonas itu boleh dipercayai, peminat tegar MCR boleh melihat mereka bersatu semula tidak lama lagi.

 

MCR Tidak Perlu Bergabung Semula

Namun ada juga yang tidak berapa bersetuju dan tidak merasakan MCR akan bergabung semula setelah sekian lama berpecah.

 

 

Peminat MCR ragu-ragu dengan apa yang dikatakan oleh Joe kerana MCR sudah membawa haluan masing-masing dan agak mustahil untuk mereka bergabung semula.

 

 

Gerald Way dan The Umbrella Academy

Gerald Way yang merupakan vokalis kumpulan MCR kini sibuk dengan siri TV yang popular di Netflix iaitu The Umbrella Academy.

sumber: billboard

Musim pertama siri itu mendapat sambutan yang baik dan dengan OST Umbrella Academy, Hazy Shade Of Winter yang dinyanyi oleh Gerald Way bersama Ray Toro sedikit sebanyak mengubat rindu peminat kepada MCR.

 

 

Kini musim yang kedua sedang dalam pembikinan di mana akan hadir dengan 10 episod dan mengambil masa kira-kira 18 bulan untuk menyiapkannya.

 

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Jika MCR bergabung semula setelah sekian lama berpecah, adakah mereka mampu kembali seperti zaman kegemilangan mereka satu masa dahulu?
18 votes · 18 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN