Secara umumnya, negeri Terengganu merupakan negeri Pantai Timur Semenanjung Malaysia yang kaya dengan khazanah bumi dan laut serta pesat membangun dalam pelbagai sektor kebelakangan ini.

Di dalam pentadbiran negeri Terengganu, terdapat tujuh buah daerah iaitu Kuala Terengganu, Besut, Dungun, Hulu Terengganu, Kemaman, Marang dan Setiu.

sumber: amsyar baharudin

Sudah pasti di setiap daerah ini mempunyai keistimewaan yang tersendiri untuk menarik pelancong dari luar mahupun dalam negara.

 

Tarikan Terbaru Di Terengganu 

Sebut sahaja Terengganu, pasti anda sudah membayangkan nasi dagang, keropok lekor, penyu, keindahan pantai dan juga pulau dan batik.

Kerajaan Negeri Terengganu sedang giat merancakkan industri perlancongan di negeri itu dengan menyediakan pelbagai jenis produk pelancongan yang boleh dikatakan terkini dan unik untuk menarik pelancong berkunjung ke negeri itu.

Antara produk perlancongan terbaru di negeri Terengganu ialah: 

1- Drawbridge

sumber: Harian Metro

Jambatan angkat atau ‘drawbridge’ kini menjadi tempat wajib dikunjungi oleh pelancong tempatan dan luar negara sekiranya datang ke Terengganu.

Drawbridge ini merupakan jambatan ikonik pertama di Asia Tenggara ini yang menghubungkan muara selatan di pusat bandar raya Kuala Terengganu dan juga muara utara di Seberang Takir.

2- Luncur Udara (Paragliding) Di Bukit Maras

sumber: Tourism Malaysia

Apa yang boleh dilakukan jika ke Bukit Maras? Bagi peminat sukan ‘paragliding’ atau luncur udara, anda boleh mencuba aktiviti ini selain melakukan aktiviti mendaki dengan ketinggian 329 meter dari paras laut. 

Persatuan Luncur Udara Negeri Terengganu (PLUT) dengan kerjasama Hiking Maras Committee akan menganjurkan ‘Open Fun Fly Paragliding Bukit Maras 2019’ pada 28 hingga 30 Jun ini secara tidak lansung mempromosikan Bukit Maras sebagai sebuah tapak luncur udara pada peserta luar negara. 

3- ‘Miami Beach’ Kuala Terengganu

sumber: twitter mofazaraza

‘Miami Beach’ Kuala Terengganu yang terletak di sepanjang laluan menghala ke jambatan angkat (drawbridge) dan gelaran ini diberikan oleh pengguna media sosial yang merasakan kawasan tersebut seakan-akan pantai Miami di Florida, Amerika Syarikat.

Kini, pusat rekreasi di Seberang Takir semakin mendapat perhatian pengunjung termasuk yang datang untuk mengambil gambar sebagai kenang-kenangan.

 

Perlu Ubah Sikap Untuk Terus Maju

Negeri cantik macam mana sekali pun, isu moral pengunjung tidak kira pengunjung tempatan mahupun asing merupakan satu cabaran dalam industri pelancongan di Malaysia.

sumber: harian metro

Lihat sahaja apa yang terjadi pada sekitar kawasan ‘Drawbridge’ tempoh hari, dipenuhi sampah sarap hampir setiap hari akibat sikap tidak bertanggungjawab sesetengah pihak yang menjadikan kawasan tersebut sebagai lokasi untuk berbuka puasa.

Bukan itu sahaja, ada pula yang ambil kesempatan meniaga di kawasan ‘miami beach’ dan menimbulkan kemarahan orang ramai selain masalah kesesakan lalu lintas kereta yang berhenti di situ untuk bergambar. 

Setiap lokasi pelancongan di negara kita sama ada di pantai, pulau, tempat bersejarah dan sebagainya sudah pasti mempunyai peraturan yang ditulis dalam pelbagai bahasa untuk menjadi panduan kepada pengunjung. Bagaimana untuk jadi sebuah negara maju jika mentaliti masyarakat kita masih di takuk yang lama? 

 

 

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah anda pernah melancong ke negeri Terengganu?
3 votes · 3 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN