Majlis konvokesyen merupakan satu majlis yang paling dinanti-nantikan oleh semua bakal graduan dan menjadi detik bersejarah dalam hidup mereka setelah berkorban masa, wang, tenaga dan juga fikiran demi mendapatkan ilmu.

sumber: media unisel

Kebiasaanya, majlis ini akan disambut sekali atau dua kali setahun dan sudah pasti akan ada perasaan berkobar-kobar bagi mereka yang bakal bergraduat kerana sepanjang tiga atau empat tahun menjalani proses menuntut ilmu, sudah semestiya perlu diraikan kejayaan para graduan ini.

Namun, adakah bakal graduan ini benar-benar menghayati makna sebenar majlis konvokesyen yang bakal disambut oleh mereka?

 

Segulung Ijazah Penuh Erti

Terpancar senyuman di wajah para graduan sepanjang majlis konvokesyen yang menunjukkan tanda seronok dan juga kepuasan yang tidak terhingga dan ada juga yang menitiskan air mata.

sumber: borneo today

Menggengam segulung ijazah merupakan antara kejayaan yang paling bermakna untuk sesiapa yang berjaya melangkahkan kaki ke menara gading dan dalam masa yang sama ia dapat melahirkan rasa syukur dan bahagia.

Majlis konvokesyen juga merupakan penganugerahan ijazah akademik daripada universiti dan merupakan simbolik kepada kemuliaan ilmu graduan.

 

Berhenti Membaling Topi Akademik

Namun, begitu ramai yang menyangka bahawa budaya pemakaian jubah dan topi akademik ini diambil daripada Barat, tetapi sebenarnya ia mempunyai perkaitan dengan tradisi Islam.

sumber: layarsukses

Menurut sumber yang diperolehi daripada hmetro.com, pada zaman ulama silam, pelajar memakai penutup kepala seperti kopiah dan diletakkan di atasnya al-Quran kemudian diikat pada kepala penerima ijazah.

Namun kini ia digantikan dengan topi akademik (mortar board) dan jelaslah bahawa ia mempunyai falsafah yang sangat mendalam mengenai ketinggian sesuatu ilmu yang diperolehi.

Budaya membaling topi akademik ini juga perlu dihentikan sekiranya graduan memahami sejarah dan juga falsafah tradisi keilmuan dan sebaliknya menzahirkan rasa syukur dengan penuh adab.

 

Kehidupan Sebenar Jauh Lebih Mencabar

Tahniah dan syabas diucapkan kepada bakal-bakal graduan yang berjaya mengharungi cabaran dalam menimba ilmu selama tiga atau empat tahun.

sumber: upm

Tetapi, sebaik sahaja melangkah keluar dari universiti dan meninggalkan status sebagai seorang mahasiswa, permulaan kepada cabaran dan kehidupan yang lebih besar sedang menanti.

Tidak semua graduan selepas tamat sahaja pengajian akan bertuah untuk mendapat kerja dan tidak dinafikan terdapat graduan yang sudah bertahun-tahun tidak mendapat kerja mengikut kelulusan yang mereka miliki.

Walau apa pun, ciptalah cara kehidupan yang baharu dan tidak terikut-ikut dengan ragam orang sekeliling dan jangan malu untuk membuat apa jua jenis perkerjaan serta balas semula jasa keluarga yang sudah bersusah payah untuk anda demi segulung ijazah.

KATA ORANG

KATA ANDA

Apa kata anda?
2 votes · 2 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN