Dunia artis ketika ini telah digemparkan mengenai krisis hubungan dua sahabat baik pelakon Baik Punya Cilok iaitu AC Mizal dan Afdlin Shauki.

Dikhabarkan AC Mizal telah bertindak mencantas peluang Afdlin Shauki untuk melangkah jauh dalam bidang perniagaan.

Sumber: NST

Memetik laporan Malaysiakini, Afdlin telah berkata, kejadian berpunca selepas mereka tidak sehaluan mengenai pengendalian saluran Awesome TV Asia yang dahulunya dikenali sebagai Syiok TV serta amalan perniagaan yang dilakukan.

Tindakan ini menyebabkan Afdlin Shauki Aksan, 48 terpaksa mengambil keputusan untuk menarik diri dari menjalinkan kerjasama dengan AC Mizal atau nama sebenarnya Mizal Zaini, 47. Selain mereka, terdapat seorang lagi rakan kongsi yang turut menjalinkan kerjasama.

 

Afdlin Akan Buka Siaran Di Youtube

Bagi memastikan isu ini tidak menjadi semakin rumit, beliau enggan memberikan maklumat secara terperinci mengenai situasi semasa. Bagi Afdlin, beliau akan meneruskan rancangan Youtube secara sendiri dan percaya dengan rezeki masing-masing.

Sumber: My News Hub

Difahamkan Syiok TV telah dibuka oleh kedua-dua mereka pada Julai 2017 sebagai alternatif kepada rakyat Malaysia mendapatkan saluran hiburan. Memetik laporan My News Hub, pada peringkat permulaan, Comedy Planet yang merupakan Restoran Afdlin Shauki telah menjadi lokasi rasmi siaran Syiok TV.

Siaran ini terus mendapat sokongan dalam kalangan rakyat Malaysia menyebabkan peruntukan sebanyak RM20 juta dibelanjakan bagi setiap saluran yang berada di bawah Syiok Media Network.

Hubungan Tetap Baik

Menurut Afdlin hubungan antara mereka tidak ada masalah. Sekiranya berjumpa atau bertembung dalam mana-mana program atau tempat ia tidak akan mendatangkan sebarang masalah buat mereka. Sikap profesional sebagai seorang artis ini yang wajar dipaparkan oleh semua pihak.

Sumber: The Daily Seni

Tatkala bercerita mengenai status hubungannya bersama AC Mizal ketika ini, beliau tidak mempunyai sebarang masalah, dan tidak menyimpan sebarang perasaan marah.

Malah, ketika adiknya meninggal baru-baru ini, AC hadir dan bantu mengangkat jenazah allayarham. Cuma mereka tidak sempat bertegur sapa pada ketika itu.

 

Kontroversi Kedua Buat AC Mizal

Kemelut persahabatan AC Mizal bukan perkara baru. Sebelum ini hubungan beliau bersama seorang lagi pelakon Baik Punya Cilok yang juga merupakan sahabat baik iaitu Hans Isaac memakan masa lapan tahun untuk kembali pulih. Difahamkan kemelut tercetus ketika mereka bekerjasama untuk teater Cuci The Musical.

Sumber: Facebook

Namun kedua-dua mereka enggan memikirkan masa lampau. Bagi AC dan Hans, mereka telah pun memilih jalan damai dan melupakan kisah silam. Selain AC Mizal, Afdlin dan Hans, pelakon Baik Punya Cilok juga terdiri daripada penyanyi lagenda iaitu Awie.

Lakonan keempat-empat mereka pernah menjadi sensasi ekoran sifat gila-gila dan ‘sekepala’ yang menyerikan jalan cerita.

Diharapkan agar kemelut yang berlaku tidak menjadi ‘duri dalam daging’ dalam hubungan persahabatan antara mereka.

KATA ORANG

KATA ANDA

Siapa yang bersalah dalam soal ini?
2 votes · 2 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN