Anugerah berprestij, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 32 (ABPBH32)  telah berlangsung dengan gilang-gemilang dan Mira Filzah telah dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular untuk tahun ini selepas memenangi beberapa kategori yang dipertandingkan.

Di sebalik kemeriahannya itu, terdapat juga suara sumbang netizen yang tidak berpuas hati apabila ABPBH32 telah mewujudkan kategori baharu membabitkan artis antarabangsa iaitu Artis Korea Popular.

Antara yang tercalon adalah artis popular seperti BTS, Blackpink, Gong Yoo dan BTS telah memenangi anugerah bagi kategori tersebut.

Wakil yang didakwa sebagai ‘Army’ Malaysia (gelaran peminat tegar BTS yang agak ekstrim)  kumpulan popular Korea itu telah mengambil trofi kemenangan bagi pihak BTS.

Sumber : BH TV

 

Kenapa Perlu Ada Anugerah Untuk Artis Luar?

Ramai berpendapat kenapa pihak penganjur perlu mewujudkan anugerah untuk artis luar sedangkan  anugerah ini adalah bertujuan untuk mengiktiraf industri di Malaysia.

Mereka berpendangan tiada keperluan untuk anugerah kategori tersebut diadakan terutamanya artis Malaysia di negara mereka juga tidak diiktiraf.

Malah peminat kumpulan Korea BTS itu juga tidak bersetuju dengan anugerah ini kerana mereka mendakwa BTS tidak pandang pun dengan anugerah sedemikian.

Walaubagaimanapun, sebelum ini Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pengelola ABPBH 32, Shamshul Azree Samshir ada berkata, kategori itu diwujudkan bagi memberi penghargaan kepada artis antarabangsa yang mencipta nama di Malaysia.

Kemungkinan juga kategori tersebut untuk merealisasikan tema ‘Melangkaui Sempadan’ dan misi mengiktiraf kejayaan anak seni tempatan, bukan hanya di tanah air, malah merentasi benua.

 

ABPBH32 Guna BTS Untuk ‘Trending”?

Ada juga segelintir Army BTS mendakwa Berita Harian ini hanya menggunakan BTS untuk menaikkan rating ABPBH disebabkan jumlah peminat kumpulan itu yang ramai. 

Tidak mustahil juga ABPBH ingin meraih keuntungan kerana pemenang dipilih berdasarkan undian dari para peminat. 

Sumber : Lobak Merah

Dipetik dari mforum, Army Malaysia juga berkata, mereka tidak minta pun BTS dicalonkan kerana ABPBH tidak setaraf dengan status kumpulan itu yang antarabangsa. Lainlah Anugerah Billboard yang memang dihadiri setiap tahun oleh BTS.

Selain itu, ada juga ‘army’ yang mempersoalkan sama ada penganjur ada menghubungi syarikat pengurusan BTS untuk memaklumkan tentang pencalonan itu.

Ini kerana kata mereka jika dihubungi sudah tentu ada video pesanan ahli BTS. Kumpulan ini memang dikenali sangat rajin berhubungan dengan peminat mereka.

 

Tak Perlu Anugerah Artis Luar Tahun Hadapan

Ramai yang berharap agar kategori tersebut tidak dipertandingkan lagi pada ABPBH yang akan dating

Ada juga yang memohon kepada Berita Harian supaya mengeluarkan anugerah ini daripada ABPBH edisi seterusnya bagi mengelakkan artis K-pop menjadi bahan ketawa orang ramai.

Ini kerana ketika seorang wakil Army dari Malaysia telah dijemput naik ke atas pentas untuk mengambil trofi kemenangan, dia telah disindir oleh dua orang pengacara yang memberi anugerah tersebut iaitu Azar Azmi dan Azhan Rani yang popular menerusi drama Nur 2 telah memberi komen yang dilihat tidak professional.

“BTS tak dapat datang, yang datang Bandar Tasik Selatan” – Azar Azmi

 

“BTS.. Behind the scene” – Azhan Rani

Ekoran itu, kebanyakkan Army BTS tidak berpuas hati dan marah kerana dua pengaraca tersebut membuat main nama kumpulan BTS.

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pandangan anda benarkah ABPBH mewujudkan kategori artis korea popular untuk trending dan kaut untung?
13 votes · 13 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN