Baru-baru ini kecoh di media sosial antara pelakon Gerak Khas, Abby Abadi dan juga penyanyi rap, Caprice berhubung konsert artis Korea Selatan, Blackpink yang berlangsung pada 23 dan 24 Februari lalu di Shah Alam. 

Abby telah menegur mengenai garis panduan pemakaian artis luar selepas Blackpink tampil dengan pakaian yang didakwa menjolok mata dalam konsert tersebut. 

Sumber:Budiey

Abby berpendapat wujud ketidakadilan apabila tiada yang membuat bantahan tentang perkara itu dimana situasi yang berbeza berlaku ketika kehadiran artis antarabangsa, Selena Gomez ke negara ini beberapa tahun yang lalu.

Sumber:Malaysia Dateline

 

Sumber:The Daily Mail

Sehingga ada yang buat bantahan serta solat hajat bagi menghalang konsert Selena Gomez diadakan kerana kononnya membawa aura yang tidak baik kepada penduduk di negara ini.

Luahan Abby di akaun Instagram miliknya itu mendapat reaksi Caprice yang menyifatkan tidak sepatutnya perihal pemakaian dijadikan isu besar kerana ia perkara biasa bagi sebuah konsert K-Pop.

 

 

Abby Tegur Double Standard Yang Berlaku

Dalam reaksinya, Abby menyifatkan Caprice tidak memahami teguran yang dibuatnya kerana apa yang menimbulkan rasa tidak puas hatinya adalah sikap dwi standard sesetengah pihak yang hanya menguatkuasakan undang-undang pemakaian terhadap artis tertentu sahaja.

Sumber:BeautifulNara

Apa yang cuba disampaikan oleh Abby ini adalah tindakan berat sebelah pihak yang terbabit dalam isu ini. Kalau ingin berbahas soal pemakaian memang semua artis luar negara akan dilarang terus ke Malaysia.

Sumber:Hype MY

Namun begitu, tidak kurang juga artis Malaysia yang memakai pakaian lebih menjolok mata lebih-lebih lagi mereka yang beragama Islam.

Abby juga turut mempersoalkan, apakah istimewanya kumpulan K-pop terkenal itu sehingga lepas ke Malaysia?

 

 

Caprise Jentik Zaman Silam Abby

Namun kritikan balas yang diberikan Caprise itu menimbulkan rasa kurang senang Abby apabila Caprice bertindak mengimbas kisah dia bersama kumpulan Elite.

Sumber:Hangat.com

Kata Caprise, beliau salah seorang peminat kumpulan tersebut dan ketika itu semua ahli kumpulannya berpakaian seksi dan muda.

Umum tahu Abby adalah salah seorang kumpulan Elite. Caprise membalas lagi semua orang akan berubah dan sebagai manusia perlukan masa untuk berubah semuanya.

Bagaimanapun, wajarkah Caprise menyentuh zaman silam Abby sedangkan Abby sudah berubah dan bertudung? Malah pemakaian Abby kini juga lebih kepada tuntutan syariat dan agama Islam itu sendiri.

Memang betul semua manusia perlukan masa untuk berubah tetapi kalau zaman silam seseorang itu diungkit kembali adakah ia baik untuk seseorang itu berubah dengan baik?

Perkara-perkara sebegini akan mematahkan semangat mereka yang benar-benar ingin berubah. Lebih baik berdiam diri dari mengeluarkan kata-kata yang kurang menyenangkan. 

 

Abby Turut Dikecam Netizen

Gara-gara Abby yang dikatakan mengkritik kumpulan K-pop Blackpink itu, rata-rata netizen di media sosial mengkritik semula Abby dengan kata-kata yang kurang enak.

Ada juga yang bersetuju dengan teguran daripada pelakon itu. Malah ada juga yang menyangkal dengan mendakwa kumpulan K-pop Korea tersebut bukanlah Muslim, maka tidak sesuai untuk menegur.

Sumber:www.ohmymedia.cc

 

Sumber:www.ohmymedia.cc

 

Sumber:www.ohmymedia.cc

Di ruangan komen Instagram milik Abby, ada netizen menggunakan kata-kata yang melampau sehingga menjatuhkan imej Abby ketika ini.

Kalau obses sekali pun dengan artis k-pop, janganlah sampai menghina dan mencaci sesama Islam. Ramai golongan anak muda ini terlalu alpa dengan kehidupan mereka dan trend yang diamalkan.

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Apa pandangan anda mengenai isu ini?
2 votes · 2 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN