Tidak perlu kasar atau terlalu lantang untuk menegur, tetapi kenyataan penyanyi rap, Caprice yang mendakwa rakyat Kelantan tidak faham bahasa Inggeris dan hanya mengangguk sahaja ceramah Dr Zakir Naik di Kota Bahru, Kelantan tempoh hari menimbulkan kemarahan mereka.

Kenyataan sindir penyanyi rap itu telah menyinggung perasaan segelintir rakyat Cik Siti Wan Kembang.

Caprice juga turut membuat kenyataan bahawa negeri Kelantan yang dikenali sebagai negeri Serambi Mekah banyak terpalit isu-isu negatif seperti dadah, buang anak, dan pedofilia.

Rakyat Kelantan Buat Laporan Polis

Kumpulan Anak Kelantan Prihatin telah membuat laporan polis terhadap kenyataan Caprice yang tidak menjaga sensitiviti rakyat di negara itu.

Sumber: Sinar harian

Sebagai artis dikenali dan mempunyai ramai pengikut sepatutnya penyanyi itu memberi pandangan yang positif terhadap negeri Kelantan bukannya mengutuk dan menghina rakyatnya.

Jurucakap bagi pertubuhan ini, Norlida Daud menggesa pihak berkuasa menyiasat tindakan Caprice.

Mereka memohon pihak polis menyiasat apakah tujuan sebenar dia mengeluarkan kenyataan yang amat dangkal sedemikian dan mengambil tindakan yang sewajarnya.

Tak Fikir Sensitiviti

Rata-rata rakyat Malaysia khususnya rakyat Kelantan sangat marah dengan kenyataan dangkal yang diberikan Caprice itu. Mereka menyifatkan Caprice sebagai orang Islam yang tidak menjaga adab dalam percakapan.

Tidak guna belajar agama tetapi suka menghina orang. Patutlah ramai yang tidak suka dengan kelantangan Caprice yang tidak menjaga hati orang.

Sumber: FB Kelantan State

Sebelum ini juga Caprice diselar atas kenyataannya dalam memberi pendapat tentang artis-artis tempatan.

Bukan Semua Tak Faham Bahasa Inggeris

Mungkin Caprice tidak mengenali orang Kelantan dengan dekat. Siapa cakap orang Kelantan tidak faham bahasa Inggeris? Sebilangan besar anak-anak generasi sekarang sudah bercakap dalam bahasa kedua selain dialek Kelantan.

Sumber: Astro Awani

Mungkin generasi ibu bapa kita tidak faham bahasa Inggeris tetapi tidak semua yang masih kuno dengan bahasa kedua ini. Tidak perlu bangga bercakap bahasa kedua kalau Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi pun masih tidak fasih.

Umum tahu Caprice tidak fasih berbahasa Melayu dengan baik, masih mempunyai pelatnya sendiri. Rata-rata netizen mahu Caprice memperbetulkan dahulu pelatnya dalam berbahasa Melayu.

Caprice Mohon Maaf

Selepas diselar berhubung kenyataannya itu, Caprice akhirnya tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Kumpulan Anak muda Kelantan menerusi akaun Instagram miliknya.

Sumber: Sinar Harian

Namun, Caprice juga menyatakan Instagram ‘igkelantan’ sebagai batu api dalam isu berkenaan.

Bagaimanapun, dia mahu rakyat Malaysia jangan terlalu fokus isu perkauman di negara ini dan dia sedia bekerjasama dengan NGO Anak Kelantan dan pemimpin-pemimpin di negeri itu dalam membangunkan platform keislaman.

Sumber: I Am Lejen

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Diharap untuk masa akan datang mana-mana individu sekalipun tidak perlulah memberikan komen yang negatif terhadap sesebuah negeri.

Jika tidak tahu, lebih baik diam. Diharap Caprice lebih berhati-hati dalam percakapan sebelum mengguriskan hati pihak lain.

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah anda bersetuju Caprice dikenakan tindakan undang-undang kerana kritik rakyat Kelantan?
7 votes · 7 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN