Negara meratapi kisah sedih yang terjadi kepada enam anggota bomba dari Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) JBPM Selangor apabila lemas dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa lemas di sebuah lombong di Taman Putra Perdana, Puchong.

Kesemua anggota terbabit dilaporkan lemas ketika mencari seorang remaja 17 tahun yang dipercayai terjatuh dalam lombong tersebut.

Sumber: Says.com

JBPM Selangor dalam satu kenyataan memaklumkan, kesemua pegawai tersebut berjaya dinaikkan namun disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan meskipun bantuan pernafasan kecemasan (CPR) telah dilakukan.

Mereka yang terkorban ialah Mohd Fatah Hashim, 34 tahun; Izatul Akma Wan Ibrahim, 31 tahun; Mazlan Omarbaki, 24 tahun; Yahya Ali, 25 tahun; Adnan Othman, 33 tahun; dan Muhammad Hifdzul Malik Shaari, 25 tahun.

 

Mendapat Perhatian Netizen

Pelbagai gambar dan video di lokasi kejadian turut dimuat naik oleh netizen ke media sosial turut mengundang pelbagai komen daripada netizen yang bersimpati dengan kejadian yang menimpa mereka dan keluarga mangsa.

Mereka berkongsi kesedihan ini dan mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa supaya tabah dalam dugaan ini.

 

Punca Kematian

Sumber: Remaja.my

Kejadian itu dipercayai berpunca daripada pusaran arus deras berpunca daripada hujan lebat yang mengalir ke kawasan tumpuan operasi yang sedang dijalankan oleh anggota PPDA tersebut.

Ketua Polis Daerah Sepang Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali, berkata, ketika kejadian kira-kira jam 9.15 malam, enam penyelam berkenaan baru lima minit berada dalam air, secara tiba-tiba datang arus deras menyebabkan semua mangsa terbelit tali yang dipasang di antara satu sama lain, yang dipercayai menjadi punca peralatan menyelam dipakai mereka tertanggal.

 

SOP Keselamatan Lemah?

Rata-rata orang ramai melahirkan rasa sedih kehilangan anggota PPDA yang terkorban. Ada yang menyalahkan pihak atasan yang membiarkan enam anggota bomba menyelamatkan mangsa dalam keadaan yang tidak sepatutnya.

Sumber: World of Buzz

Merujuk kepada keadaan lombong yang begitu gelap, ditambah hujan yang lebat serta arus yang kuat, tidak sepatutnya usaha mencari mangsa yang lemas itu diteruskan. Mungkin sepatutnya perlu untuk tunggu hujan berhenti atau keadaan air reda.

Mungkin mudah untuk orang ramai menyalahkan pihak bomba kononya tidak mengikut SOP dan sebagainya, tetapi matlamat untuk menyelamatkan mangsa lemas itu adalah tanggungjawab mereka.

Berdasarkan penjelasan Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Mohd Hamdan Wahid, walaupun keadaan gelap, aktiviti menyelamat tetap perlu diteruskan dan tiada had masa memandangkan ia berkait dengan nyawa seseorang.

Katanya, kejadian yang meragut nyawa enam PPDA itu juga tidak membabitkan kaedah menyelam sebaliknya ia kaedah menyelamat permukaan air.

Tegasnya, jika kerja itu dirancang, kita boleh batalkan tetapi jika kerja membabitkan nyawa orang yang sedang dicari, mungkin ia perlu melihat kepada keadaan.

Maka, pihak diluar sana perlu memahami keadaan ini, mereka telah melakukan sedaya upaya untuk mencari mangsa lemas walaupun mereka sendiri terkorban.

 

Kematian Dianggap Syahid

Mungkin antara kita masih menganggap mati shayid adalah bagi Muslim yang maut ketika berperang atau berjuang di jalan Allah membela kebenaran atau mempertahankan hak dengan penuh kesabaran dan keikhlasan untuk menegakkan agama Allah.

Siapa yang berjuang membela harta miliknya, jiwanya, keluarganya, agamanya, dan meninggal dalam perjuangannya itu, maka ia meninggal fi sabilillah (di jalan Allah).

Begitu juga dengan enam anggota PPDA yang terkorban itu, mereka melaksanakan tugas demi menyelamatkan remaja yang lemas terjatuh dalam lombong ketika memancing.

Sumber: Muftiwp

Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri juga beranggapan begitu apabila berkata, mereka adalah insan terpilih dan mempunyai hati yang suci serta amat memahami tanggungjawab yang diamanahkan, terutamanya dalam kecemasan hingga kepada nafas yang terakhir.

Katanya, kematian enam anggota bomba berkenaan kerana ingin menyelamatkan mangsa amat menginsafkan dan memberi makna yang mendalam pada maksud pengorbanan dalam tugas.

Dalam status yang dimuat naik di Facebooknya, beliau berkata:

“Kami iktibarkan mereka sebagai syahid berasaskan kepada nas hadis yang bermaksud “Orang yang mati syahid lima golongan iaitu orang yang mati kerana taun, mati kerana penyakit perut, mati lemas, ditimpa runtuhan dan syahid di jalan Allah,”

 

Pihak Kerajaan Pula?

Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad juga melahirkan rasa sedih dan menganggap ia satu tragedi yang amat menyedihkan.

Sumber: Sinar Harian

Beliau berharap akan adanya latihan-latihan berkesan, agar bencana ini tidak berlaku lagi.

Kerajaan juga akan melihat bantuan untuk disalurkan kepada keluarga mangsa.

Netizen juga berharap kerajaan memberi penghargaan kepada enam anggota yang terkorban itu.

Sumber: The Star TV

Walaupun gaji tidak sebesar mana dengan pengorbanan yang telah mereka lakukan walaupun ia tuntutan tugas, tetapi nyawa mereka dipertaruhkan demi keselamatan rakyat Malaysia.

Pemergian mereka disaat berkhidmat demi satu tanggungjawab sangat mulia.

KATA ORANG

Fetch Tweets: Invalid or expired token. Code: 89

KATA ANDA

Adakah kematian itu berpunca dari SOP yang lemah?
1 vote · 1 answer
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN