Sumber: Berita Harian

Bagi sesetengah orang, sebulan atau pun dua bulan merupakan tempoh yang lama menghadapi sesuatu pencemaran. Namun begitu, terdapat beberapa buah kampung di Tasik Gelugor, Pulau Pinang yang menderita lebih daripada 40 tahun menghadapi pencemaran sisa kumbahan khinzir.

Kerap Dilaporkan Akhbar

Perkara ini bukan baru memandangkan perkara sama pernah dilaporkan dalam beberapa akhbar pada tahun 2014 dan pada tahun 2016. Malah, pada tahun 2014 penduduk pernah meminta agar ladang khinzir itu dipindahkan.

Sumber: Astro Awani

Ke mana lagi penduduk kampung harus tinggal. Sudahlah tanah semakin berkurang, harganya pula semakin mahal. Takkan hanya kerana kumbahan khinzir, budaya, warisan kehidupan dan tanah pusaka mereka harus ditinggalkan?

Beberapa Kampung Terjejas

Berdasarkan laporan Bernama, penduduk Kampung Air Melintas Kecil, Yusof Othman, 65 berkata, isu tersebut bukan sahaja membelenggu penduduk di kampungnya, malah turut sama dialami oleh penduduk kampung yang lain. Antara kampung yang terlibat ialah Kampung Selamat dan Kampung Air Hitam.

Difahamkan punca sisa khinzir bermula dari ladang ternakan khinzir di Kampung Selamat, seterusnya air kumbahan tersebut mengalir ke Sungai Kreh dan menyusuri beberapa buah kampung sehingga ke Kampung Air Hitam.

Sumber: Mypenangonline

Bagi masyarakat Melayu, khinzir merupakan sesuatu yang sangat sensitif dengan budaya dan agama mereka. Ini kerana khinzir itu merupakan haiwan bernajis dan mencemarkan kesucian umat Islam, apatah lagi sistem kumbahannya.

Kewujudan ladang khinzir di kawasan kampung semestinya memberi reaksi negatif masyarakat kampung lebih-lebih lagi bagi pihak yang terlibat dengan khinzir. Tindakan ini sudah tentu sedikit sebanyak mendatangkan persepsi negatif kepada masyarakat Cina memandangkan majoriti dari kalangan mereka membela dan memakan khinzir. Maka sesuatu perlau dilakukan.

Pencemaran Bau

Pembuangan sisa kumbahan khinzir ini telah menyebabkan berlaku pencemaran yang agak serius sehingga mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan. Malah, airnya juga dilihat kotor. Penduduk kampung turut mengalami simptom gatal-gatal badan dan sesak nafas akibat terhidu bau busuk.

Perkara ini sangat membahayakan memandangkan bukan sahaja air kumbahan daripada kandang babi mempunyai kandungan bakteria yang tinggi, malah, pencemaran berkaitan najis khinzir mampu menghasilkan virus Ensefalitis Jepun (JE) yang menggugat kesihatan manusia.  

Pendapatan Pesawah Terjejas

Lebih malang lagi, golongan pesawah turut merasai tempiasnya. Jika dahulu, pesawah padi mampu menjana kira-kira 10 tan semusim bagi bendang seluas satu hektar. Namun begitu, masalah yang berlarutan tahun demi tahun menyebabkan hasil tanaman mereka menjunam kepada 5 tan sahaja kerana padi rosak.

Sumber: Free Malaysia Today

Hal ini telah menyebabkan Pengerusi Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan Negeri, Dr. Afif Bahardin mula bertindak. Beliau berkata, pihaknya memberi tempoh sehingga hujung tahun kepada pengusaha khinzir menghentikan pembuangan sisa kumbahan di situ berdasdarkan Enakmen Penternakan Babi 2016.

Penguatkuasaan Sahaja Tidak Memadai

Sebagai tambahan, penguatkuasaan undang-undang sahaja tidak cukup untuk mengatasi permasalahan ini. Penyelidikan, pemantauan dan kawalan aktif mestilah dijalankan secara berterusan bagi memastikan sisa kumbahan yang dilepaskan mengikut prosedur yang ditetapkan.

Dalam masa yang sama, pihak kerajaan wajar mengkaji kesesuaian ladang khinzir ditempatkan memandangkan ia berhampiran dengan kawasan perumahan. Wujudkan kawasan sesuai yang tidak mengganggu ketenteraman awam. Perkara ini perlu diambil serius oleh semua pihak.

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pandangan anda, kenapa isu ini sukar untuk diatasi oleh kerajaan negeri?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN