Baru-baru ini, timbul kontroversi mengenai keputusan kerajaan diatas penutupan 34 Klinik 1Malaysia (K1M) yang kononnya berdepan dengan masalah kos tidak efektif menimbulkan tanda tanya ramai pihak .
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga antara pemimpin yang tidak terkecuali membidas keputusan kerajaan itu dengan mengatakan perkhidmatan itu tidak sepatutnya ditutup dengan alasan untung rugi sebaliknya perlu memikirkan kebajikan dan keperluan rakyat.

Katanya, alasan yang diberikan oleh kerajaan itu tidak boleh diterima sama sekali malah dengan sinis beliau turut menggesa kerajaan untuk menutup klinik bergerak, balai polis, balai bomba, lampu jalan dan perkhidmatan kerajaan lain terutamanya di kawasan pedalaman.

Sumber: Malaysia Dateline

Namun setelah diselidik, dalam hal ini, 34 K1M yang ditutup itu bukan disebabkan masalah kos tetapi kerana kurang pesakit dan juga berdekatan dengan fasiliti kesihatan lain.

Walaupun, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dzulkefly Ahmad telah menjelaskan perkara tersebut namun isu penutupan K1M masih lagi dipertikai oleh segelintir individu yang tidak berpuas hati dengan sebab penutupan klinik terbabit.

 

Kriteria Tutup K1M

Sumber: Berita Harian

Dalam hal ini, mungkin ada yang tidak berpuas hati dengan keputusan kerajaan yang menutup sebanyak 34 K1M itu namun penutupannya itu bukan dibuat semata-mata.

Walaupun K1M itu merupakan projek klinik yang telah dilancarkan oleh kepimpinan kerajaan terdahulu menerusi Bajet 2010 kepada penduduk kurang bernasib baik di Malaysia, namun kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak merancang untuk menutup kesemua K1M yang ada di seluruh Malaysia.

Sebaliknya , mereka akan meneliti beberapa kriteria terlebih dahulu sebelum bertindak menutup klinik tersebut.

Antara kriterianya ialah terdapat kemudahan kesihatan kerajaan lain dalam lingkungan jarak 5 kilometer dari K1M. Selain itu K1M tidak terletak di kawasan Projek Perumahan Rakyat(PPR). Kerajaan tidak akan menutup K1M yang berdekatan dengan PPR untuk terus memberi keperluan rawatan kepada golongan terbabit yang hanya dikenakan cas sebanyak RM1.

K1M juga akan ditutup sekiranya purata kehadiran kurang daripada 40 pesakit sehari. Memang tidak dinafikan penubuhan K1M ini amat membantu rakyat terutamanya golongan miskin bandar namun sekiranya klinik terbabit dilihat beroperasi secara tidak efektif serta tidak mencapai matlamat penubuhannya, kerajaan perlu bertindak menyusun keperluan dan memaksimumkan sumber manusia yang ada.

Sumber: Astro Awani

Akhir sekali setiap keputusan yang diambil haruslah dipersetujui oleh Jabatan Kesihatan di negeri yang berkenaan. Setiap K1M yang dipilih untuk ditutup akan turut dinilai secara eksklusif bagi memastikan keputusan bagi penutupan adalah benar-benar wajar.

 

 

Kelemahan K1M

Sumber: Kosmo

Walaupun bayaran cas di klinik K1M hanya dikenakan sekitar RM1 sahaja manakala warga asing dikenakan bayaran sebanyak RM15, namun klinik ini menyediakan pelbagai rawatan lain termasuk memberi ubat sakit ringan seperti demam, batuk serta menyediakan pemeriksaan darah dan tahap kandungan gula.

Malah, pesakit juga boleh mendapatkan rawatan untuk menukar kateter tiub pundi kencing atau membalut luka akibat kecederaan di rumah, sekolah mahupun tempat kerja.

Pun begitu, walaupun klinik ini disediakan oleh kerajaan namun terdapat juga kelemahannya apabila perkhidmatan yang diberikan tidak dapat mengesan tanda awal penyakit kronik.

Jadi, disebabkan itu, sekiranya K1M ini tidak lagi dapat memenuhi apa yang munasabah dalam rawatan kepada rakyat, kerajaan terpaksa menutup pengoperasiannya.

 

Statistik K1M Seluruh Negara

Sumber: Perak Today

Sehingga kini, jumlah K1M termasuk di Sabah dan Sarawak secara keseluruhannya berjumlah 347 buah di mana 293 daripada klinik itu akan ditambah nilai untuk dijadikan sebagai Klinik Komuniti.

Selain itu, 20 lagi klinik itu akan dinaik taraf fasilitinya kepada Klinik Kesihatan.

Manakala, 34 daripadanya ditutup disebabkan faktor kurang pesakit dalam sehari dan terdapatnya fasiliti kesihatan kerajaan yang lain dalam lingkungan jarak yang dekat malah kakitangan sebelum ini juga akan ditempatkan semula ke Klinik Kesihatan Induk masing-masing.

Selepas ini, kerajaan akan lebih menfokuskan kepada penjenamaan Klinik Komuniti untuk menggantikan K1M yang akan ditambah nilai dengan kemudahan yang lebih baik di mana ia mempunyai Pegawai Perubatan dan Pegawai Farmasi serta kebolehan untuk menjalani diagnosis awal yang dijangka direalisasikan menjelang pertengahan tahun depan.

Malah, selepas ini, antara fokus utama perkhidmatan Klinik Komuniti itu juga adalah menjurus kepada rawatan pesakit luar serta kawalan penyakit tidak berjangkit dan rawatan kecemasan asas.

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah wajar kerajaan menutup 34 buah klinik 1Malaysia (K1M) walau apa sahaja alasannya?
3 votes · 3 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN