Pengumuman Datuk Lee Chong Wei untuk terus beraksi sehingga ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 memberi isyarat jelas bahawa, jaguh dunia tersebut akan terus beraksi dalam arena sukan badminton. Perkara ini telah dimaklumkan oleh beliau dalam satu hantaran di media sosial.

Sumber: Facebook Lee Chong Wei

Lee Chong Wei yang kini berusia 37 tahun merupakan pemain badminton terbaik yang pernah dilahirkan negara. Sungguhpun beliau mencipta banyak kejuaraan dalam pertandingan yang disertai, namun beliau masih belum mencapai misi utamanya menggapai emas dalam Kejohanan Sukan Olimpik.

Lin Dan Tidak Mahu Bersara

Pengumuman itu dibuat selepas Lin Dan menyatakan hasratnya untuk tidak bersara selagi melihat Lee Chong Wei terus beraksi di pentas kejohanan badminton. Semangat kesukanan yang tinggi antara kedua-dua lagenda badminton dunia ini wajar dipuji.

Lin Dan yang ketika ini berusia 36 tahun berkata dia mahu mencabar dirinya untuk terus beraksi di peringkat tertinggi, dalam masa yang sama memberikan contoh tauladan kepada pemain-pemain muda yang lain.

Sungguh pun begitu, juara olimpik dua kali dan juara dunia lima kali itu tidak teragak-agak untuk menggantung raket sekiranya mengalami kecederaan atau masalah kesihatan memandangkan faktor usia yang semakin lanjut.

Sumber: Taiwannews

Sudah Memenangi Seluruh Kejuaraan

Beliau merupakan satu-satunya pemain lagenda yang telah mencapai semua kejuaraan utama dunia yang tidak pernah dicapai oleh Lee Chong Wei, iaitu Juara Sukan Olimpik, Juara Badminton Dunia dan Juara Piala Thomas. Maka, beraksi pada mana-mana kejohanan bagi dirinya bukan satu tekanan.

Bagi beliau, bukan mudah untuk terus kekal beraksi dalam acara perseorangan lelaki memandangkan persaingan yang semakin sengit ketika ini serta kudrat tenaga yang semakin berkurangan. Namun, beliau tetap optimis melakukan aksi yang terbaik untuk cuba melayakkan diri ke sukan Olimpik Tokyo pada tahun 2020.

Sumber: Hype.My

Pertembungan Dua Lagenda

Sekiranya kedua-dua mereka masih diberi kesempatan untuk berentap pada Kejohanan Sukan Olimpik Tokyo, kedua-dua mereka akan diingati sebagai dua lagenda badminton paling lama bertahan di persada sukan badminton dunia melebihi 20 tahun beraksi.

Ramai yang percaya bukan mudah untuk terus kekal hebat di persada sukan antarabangsa dengan usia yang menghampiri 40-an. Kebiasaannya pada awal usia 30-an kebanyakan pemain-pemain handalan dunia sudah pun menggantung raket.

Olimpik Tokyo Misi Terakhir Chong Wei

Bagi Lee Chong Wei, misi menggapai emas Sukan Olimpik merupakan misi yang terakhir untuk dilakukan olehnya buat negara. Rakyat Malaysia mengharapkan agar misi itu mampu digapai.  Beliau kini sedang dalam tempoh rawatan dari kanser hidung yang dialami menyebabkan beliau terpaksa menarik diri daripada terlibat dalam kejohanan badminton utama.

Sumber: Sports.My

Hal ini menyebabkan beliau terpaksa menarik diri daripada terlibat dengan Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia baru-baru ini. Ketiadaan pemain pelapis negara yang mampu memberi cabaran besar kepada dunia merupakan kebimbangan utama yang dihadapai oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Sumber: Sports.Okezone

Perlu Ada Pengganti Chong Wei Segera

Kita mengharapkan agar suatu hari nanti akan ada pengganti Lee Chong Wei yang mampu memberi khabar gembira buat kem badminton negara. Sudah lama skuad negara tidak mempunyai barisan pemain badminton yang begitu ampuh di persada antarabangsa.

KATA ORANG

KATA ANDA

Mampukah Lee Chong Wei Menggapai Pingat Emas Sukan Olimpik Tokyo 2020?
1 vote · 1 answer
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN