Bagi peminat tegar drama-drama melayu Malaysia, pasti kenal dengan pelakon baru Intan Najuwa yang semakin popular menempa nama di dalam industri hiburan Malaysia.

Lakonannya dalam drama “Kekasih Paksa Rela” mula membuka jalan untuk Intan lebih-leih lagi apabila dia digandingkan dengan pelakon lelaki pujaan ramai wanita Malysia iaitu Remy Ishak.

Terbaru, pelakon muda yang berusia 22 tahun itu berkongsi khabar gembira tentang berita pertunangannya dengan seorang ahli perniagaan yang berasal dari Kedah.

Perkenalan yang berlangsung selama setahun itu mula bertukar serius apabila jejaka tersebut berjaya menambat hati Intan kerana sikapnya yang matang dan memahami jadual kerja Intan yang tidak menentu.

Namun, malangnya tindakan Intan memilih bakal suami yang lebih berusia bertukar kontroversi apabila dia didakwa kononnya memilih lelaki tersebut kerana harta semata-mata.

Benarkah begitu? 

 

Kalau Betul Pun Kerana Duit, Itu Hak Dia

Sungguh pelik sikap orang sekarang yang suka menilai tindakan seseorang dan mudah memandang negatif terhadap keputusan yang dibuat hanya kerana apa yang mereka fikirkan itu betul.

Soal jodoh bukanlah urusan kita, jarak usia tidak patut dijadikan halangan untuk seseorang  daripada berkahwin malah ianya bukanlah perkara buruk yang patut dipandang serong.

Jika pasangan yang lebih tua itu mampu membahagiakan kita, mengapa tidak bukan?

Malah, banyak pendapat diberi berdasarkan pengalaman dari wanita-wanita yang berkahwin dengan lelaki lebih berusia bahawa pasangan mereka lebih matang dari segi membuat keputusan dan lebih bijak menguruskan keluarga.

Sedang elok di usia Intan Najuwa yang masih muda dan mudah terpengaruh dengan perkara-perkara negatif, dia bakal mempunyai suami yang boleh membimbing dan menghalang dia dari melakukan perkara-perkara yang sia-sia.

Jika betul pun kata orang ramai yang kononnya kerana poket tebal, Intan memilih lelaki tersebut jadi apa salahnya?

Bukankah itu hak dia?

Banyak sahaja perkahwinan yang kononnya berdasarkan cinta retak juga di tengah jalan.

Walaupun harta bukan kriteria pertama yang kita perlu tengok dalam memilih pasangan, namun mendapat pasangan yang berharta sudah tentu merupakan satu bonus bukan?

 

Ahli Persatuan Bawang Nak Kena Saman Ke?

Tanpa sedar, ramai netizen tidak sedar bahawa perlakukan mereka di dunia maya boleh mendatangkan keburukan kepada diri mereka sendiri dikemudian hari.

Di zaman yang serba canggih dan maju ini, setiap perlakuan anda di dunia maya adalah bersifat kekal dan boleh dijejaki dengan mudah.

Dan aktiviti saman-menyaman para netizen juga semakin rancak dilakukan oleh artis-artis dan selebriti negara kerana itu sahaja yang dilihat sebagai solusi bagi mengajar para netizen yang suka membuat fitnah dan menyebarkan berita yang tidak sahih sesuka hati mereka.

Jadi, jaga-jaga ye. Jangan dah dapat surat saman nanti baru sibuk nak minta maaf.

Fikir sehabisnya sebelum anda berkongsi apa-apa berita mahupun membuat sebarang dakwaan di media sosial.

KATA ORANG

KATA ANDA

Apa kata anda?
2 votes · 2 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN