Di Malaysia, kes pembuangan bayi dilihat berlaku semakin menjadi-jadi. Malah masalah ini dari hari ke hari semakin bertambah di negara ini.
Hampir setiap minggu media massa memaparkan kes pembuangan bayi.
60 Peratus Bayi Ditemui Mati Setiap Tahun
Statistik Polis Diraja Malaysia menunjukkan lebih daripada 100 orang bayi dibuang setiap tahun di Malaysia.
Dan sebanyak 60 peratus daripadanya mungkin sudah tidak bernyawa lagi apabila dijumpai kerana disumbat ke dalam lubang tandas, dibuang ke longkang atau terbakar sehingga tidak dapat dikenali.
Dan selebihnya ada juga yang bernasib baik dan diselamatkan serta mendapat peluang untuk hidup.
Kecelaruan Sosial Punca Kes Buang Bayi Meningkat
Mengikut ahli kriminologi, pengaruh rakan sebaya dan pergaulan bebas, suka sama suka, ingin mencuba seks, terlalu percayakan lelaki, terdedah aktiviti seksual secara berleluasa melalui jaringan internet, persekitaran tempat tinggal dan dirogol, antara sebab remaja terjebak dalam gejala pembuangan bayi.
Punca keadaan sosial yang tidak teratur juga berkait rapat dengan hubungan renggang antara anak dan ibu bapa.
Keadaan ini menjadikan remaja berani keluar rumah dan terbabit dengan aktiviti salah laku seksual sehingga hamil. Mereka kemudiannya mencari jalan mudah dengan membuang bayi yang dilahirkan akibat hubungan seks luar nikah.
Remaja Belasan Tahun Paling Ramai
Purata 18,000 gadis belasan tahun di Malaysia hamil setiap tahun.
Daripada jumlah itu, 25 peratus atau kira-kira 4,500 kes melibatkan kehamilan di luar ikatan perkahwinan.
Menurut Sheerin Khan dari OrphanCare Foundation, remaja perempuan yang membuang bayi mereka boleh jadi gadis belasan tahun yang baru selesai mengambil peperiksaan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) atau pelajar universiti.
Bukan remaja yang tidak berpendidikan sahaja yang terjerat dengan kes membuang bayi.
Manakala, Ketua Pegawai Yayasan Chow Kit (YCK), Ananti Rajasingam pula berkata, kebanyakan ibu yang tidak berkahwin ini tidak mendapatkan bantuan atau sokongan kerana takut masyarakat memandang rendah terhadap mereka.
Apabila beban itu ditanggung oleh wanita seorang diri itu yang menyebabkan mereka hilang arah tuju dan sanggup membuang bayi.
Menurut beliau, ibu yang tidak berkahwin lazimnya tidak mendapat sokongan daripada masyarakat atau lelaki yang bertanggungjawab menjadikan dirinya mengandung.
Dan masyarakat kita pada hari ini terlalu cepat menghukum, mereka akan menyalahkan si ibu, sedangkan lelaki juga harus memegang tanggungjawab yang sama.
Kalaulah masyarakat tidak menghukum mereka dan beri sokongan moral, pasti kes pembuangan bayi akan berkurangan.
Perempuan Warga Asing Juga Termasuk Statistik Pembuangan Bayi
Menurut Ananti Rajasingam lagi, banyak juga kes pekerja asing perempuan yang membuang bayi mereka selepas terlibat dalam hubungan haram.
Selain itu, kebanyakan ibu yang tidak berkahwin di Kuala Lumpur bukan orang tempatan tetapi dari negeri lain seperti Kedah, Pahang atau Kelantan yang datang ke bandaraya itu untuk mencari pekerjaan juga puncanya.
Sebahagian besar daripada mereka tinggal sendiri dan mula berkenalan dengan lelaki dan akhirnya mengandung.
Beliau juga tidak menolak ramai juga perempuan di Kuala Lumpur mengandung di luar perkahwinan. Cuma kebanyakan mereka tahu tentang melakukan hubungan seks secara selamat (tidak hamil).
Mungkin mereka didedahkan dengan penggunaan kondom dan sebagainya. Tetapi kesalahan sebegini adalah individu dan bukannya sebab kenegerian.
Mana-mana negeri pun ada tercatat kes pembuangan bayi ini. Cuma tidak menyeluruh.
KATA ORANG
Again, this is not to encourage people to have sex. Whether we like it or not, its already happening. This is just to avoid kes buang bayi, sex related diseases etc. Kau nak have sex etc, lantak kau la. Tu antara kau dengan tuhan. Please at least, be a bit educated. https://t.co/P18GVEV8Bh
— acis 🧀 (@acisDzulker9) February 14, 2019
Yup we need that,of course, klw tak de sex education there will be a lot of teenage pregnancy amd kes buang bayi. Pity them https://t.co/PTHLRhSYvp
— Dr.Roza _iekaMo (@Roza_iekaMO) March 29, 2019
Also with sex ed that teaches about protection at least maybe kita boleh kurangkan kes buang bayi and others.
— Jiq (@arifxhaziq) March 28, 2019
Can we not judge other parents kah? Not unless they buang bayi lah. Or don’t feed their kids lah. Or neglected their kids lah.
— aerdna (@attnne) March 26, 2019