Tahap keselamatan amat penting semasa mengendalikan media sosial. Disarankan untuk mengelak menggunakan password atau kata laluan dari kata nama yang mudah diteka dan jangan pakai nombor yang senang.

Sumber:PCMag.com

Kebanyakkan daripada kita iaitu pengguna peranti itu sendiri masih tidak sedar dan tidak mengambil berat akan hal ini.

Disebabkan tabiat mengambil mudah atau tidak peduli dengan isu keselamatan dan privasi ini telah menyebabkan mereka amat terdedah kepada pencerobohan data dari penggodam ke atas peranti yang mereka gunakan.

Lebih Ramai Guna Kata Laluan Nama Artis, Pasukan Bola, Karaktur Kartun

Menurut tinjauan yang didedahkan oleh National Cyber Security Center, United Kingdom, terdapat 10 kata laluan yang sering digunakan warga internet.

Sumber: Security Intelligence

Ini termasuk nama penyanyi kesayangan, pasukan bola yang disokong dan karakter kartun kegemaran yang terlalu lazim digunakan.

Malah, ia disifatkan sebagai rapuh dan tidak lagi selamat untuk digunakan memandangkan ramai yang sedia maklum mengenai perkara ini.

10 Kata Laluan Sering Digunakan:

  • 123456
  • blink182
  • liverpool
  • superman
  • manutd
  • ashley
  • michael
  • cowboys1
  • iloveyou
  • abc123

Ramai Gunakan Digit

Untuk rekod, digit “123456” sahaja sudah digunakan oleh 23.2 juta pengguna manakala “123456789” digunakan oleh 7.7 juta orang.

Sumber:www.astroawani.com

Manakala, kata laluan “qwerty” dan “password” juga masing-masing telah digunakan hampir 3 juta pengguna seluruh dunia.

Bagi menangani masalah akaun anda digodam, anda dinasihatkan untuk lebih kreatif dalam mereka kata laluan.

Cara paling mudah adalah menggabungkan tiga perkara yang menggembirakan hati anda dalam susunan rawak.

Wifi Tempat Awam Mudah Digodam

Sumber:iconspng.com

Memang Wi-Fi ditempat awam memudahkan anda mendapat sambungan internet percuma dan sekaligus dapat menjimatkan data internet telefon anda.

Tetapi tahukah anda bahawa Wi-Fi awam ini adalah lubuk kepada para penggodam mencari mangsa mereka.

Ini kerana Wi-Fi awam amat mudah digodam oleh penggodam yang memiliki kemahiran dan peralatan ringkas bagi melihat apa yang anda sedang lakukan di atas talian.

Akses Email

Sumber:Daily Express

Mereka dengan mudah akan dapat mengkases perkara-perkara seperti e-mel yang dihantar, data sulit log masuk ke laman sosial dan aktiviti perbankan atas talian.

Jadi, apa yang boleh anda lakukan? Mudah sahaja, jangan gunakan sambungan Wi-Fi awam ini. Terutamanya aktiviti yang melibatkan kewangan.

Tetapi jika anda tetap mahu menggunakan Wi-Fi awam ini, seeloknya anda gunakan aplikasi VPN yang dapat mengenkrip data aktiviti anda, sekaligus melindungi talian anda dan menyukarkan penggodam daripada memerhati aktiviti peranti anda.

Data Peribadi PM Singapura Pernah Digodam

Sumber:FMT

Tahun lepas, data milik Perdana Menteri, Lee Hsien Loong diceroboh dan ia merupakan pencerobohan terhadap data peribadi paling serius” dalam sejarah Singapura.

Menurut Kementerian Kesihatan dan Kementerian Komunikasi dan Penerangan, penyerang menyasarkan “secara khusus dan berulang kali” butiran serta maklumat peribadi Hsien Loong berkaitan ubat-ubatan yang diberi kepada beliau sebagai pesakit luar.

Data Pesakit Diambil

Mereka dilaporkan berkata, seramai 1.5 juta rekod kesihatan pesakit Singapura, SingHealth diakses dan disalin manakala rekod ubat-ubatan yang diberi kepada 160,000 pesakit luar lain juga mengalami perkara sama.

Data peribadi yang diambil daripada 1.5 juta pesakit berkenaan termasuk nama, nombor kad pengenalan, alamat, jantina, bangsa dan tarikh lahir mereka, kata kenyataan itu.

Kenyataan berkenaan menjelaskan bahawa penggodam bagaimanapun tidak meminda atau memadam rekod berkenaan.

Ini amat membimbangkan, bukan sahaja negara Singapura. Mana-mana negara pun pasti mengalami perkara ini. Dan bagaimana perkara ini berlaku dengan mudah.

Tidak mungkin data peribadi orang berpenagruh menggunakan digit atau aksara yang senang diakses?

Serangan ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, tidak mengira jenis peranti atau jenis sistem operasi peranti tersebut gunakan.

Godam Untuk Serangan Peribadi Atau Menyusahkan Orang Lain

Kecanggihan teknologi yang sepatutnya memberi manfaat sebaliknya digunakan oleh sebahagian dari kita yang pakar dengan dunia internet telah menyalahgunakan kemahiran yang ada.

Mereka bertindak mencuri data peribadi orang lain dari peranti penggunanya atau memasukkan virus pada peranti mangsa bagi melaksanakan pelbagai bentuk serangan demi kepentingan peribadi atau memang sengaja mahu menyusahkan orang lain.

KATA ORANG

KATA ANDA

Anda rasa masih ada orang yang pakai kata laluan sebegitu?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN